You are viewing analisis_wacana

Happy Graduation.....Sarjana Bahasa Melayu Kontemporari.
 analisis_wacana - (muzie_azirah)
 
01:34am 04/10/2011
 
 
muzie_azirah posting in sarjana_sintok
Originally posted by muzie_azirah at Happy Graduation.....Sarjana Bahasa Melayu Kontemporari.
         
Sekadar berkongsi kegembiraan.

Kegembiraan bagi seorang pelajar  ada dua : Pertama sewaktu menerima surat tawaran pengajian dan yang kedua pada hari konvokesyen setelah berjaya menamatkan pengajian.

Syukur alhamdulilah..... terima kasih semua.

location: DMAS, UUM
mood: happyhappy
 
    Read 2 - Post - Add to Memories - Share - Link
 
Terima Kasih....
 analisis_wacana - (muzie_azirah)
 
12:29am 17/07/2011
 
 
muzie_azirah posting in sarjana_sintok
  Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah Sarjana Bahasa Melayu Kontemporari UUM, yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang pengajian kami bermula Disember 2009 sehingga Jun 2011.  Semoga anda semua sentiasa diberkati Allah swt.
location: perlis.
mood: happyhappy
 
    Read 1 - Post - Add to Memories - Share - Link
 
"Guru penjana transformasi pendidikan"
 analisis_wacana - (muzie_azirah)
 
11:58pm 15/05/2011
 
 
muzie_azirah posting in sarjana_sintok
Selamat Hari Guru 2011

Untuk semua insan yang bergelar guru secara langsung mahupun tidak langsung. Teristimewa untuk semua guru yang telah mendidik diri ini, jasamu dikenang sepanjang hayat dan semoga kebahagiaan dunia akhirat milikmu guru yang disayangi, amin.....

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

USMAN AWANG
1979
location: home
mood: okayokay
music: jgn tido lg
 
    Read 1 - Post - Add to Memories - Share - Link
 
Jazakallah....
 analisis_wacana - (hasnah30)
 
12:13am 20/03/2011
 
 
hasnah30 posting in sarjana_sintok
Setelah lama tidak menatapnya, hatiku digamit rindu. Aku cuba sedaya upaya tidak meminggirkan terus live journal. Bermula daripada laman ini, aku mula mengenali dan meminati dunia blog. Apa lagi ayat yang harus ku ungkapkan, selain ucapan jazakallah yang tidak terhingga buat pensyarah-pensyarah ku yang dedikasi. Buat semua pensyarah yang banyak berjasa bermula daripada semester 1 hinggalah aku berjaya melunaskan pengajian dalam semester akhir ..Jazakallah...hanya Allah yang dapat membalas jasa tuan dan puan. Sekalung penghargaan ku kirimkan buat kalian, Pn. Hasnah Ibrahim, Pn.Sharifah Fazliyaton, Prof Madya Dr.Noraini, Tuan Ibrahim Haji Ahmad ( Pak Imm),Pn. Maizatul Azura Yahya, Puan Faizah Ahmad, Puan Marzalina Mansur, Cik Rohizah, En.Phat dan Dr. Yaakob.
Buat sahabat-sahabatku yang masih meneruskan pengajian, selamat berjuang.
 
    Read 2 - Post - Add to Memories - Share - Link
 
Jurnal yang Digantung
 analisis_wacana - (georg_jah)
 
03:36pm 17/03/2011
 
 
georg_jah posting in sarjana_sintok
Ada sesiapa tahu kenapa jurnal mohdazmi digantung oleh LiveJournal?
location: 053
mood: shockedshocked
 
    Read 2 - Post - Add to Memories - Share - Link
 
Terima Kasih Cikgu!
 analisis_wacana - (juwita76)
 
04:58pm 08/03/2011
 
 
juwita76 posting in sarjana_sintok
Berakhir sudah semester A102, semester yang begitu mencabar bagiku... Bermacam-macam masalah terpaksa kuhadapi...namun aku tetap bersyukur kerana berjaya mengharunginya. Alhamdulillah... keputusan peperiksaan juga  lebih baik dari apa yang ku jangkakan. Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang begitu komited, yang begitu sabar, bersemangat dan berusaha sedaya upaya untuk  mengajar kami selama ini...(A102> Dr. Munif Zariruddin, Pn. Nasariah & Cik Rohizah) begitu juga pensyarah-pensyarah semester sebelum ni.  ( A101> Pn. Faizah, Pn. Marzalina, & En. Phat). Terasa agak janggal untuk mengucapkan terima kasih pensyarah! rasanya ucapan terima kasih cikgu lebih sesuai, kerana cikgu bukan hanya  merujuk kepada guru di sekolah tetapi seorang insan yang memberi tunjuk ajar dan mendidik kita tidak kira di mana jua kita berada. Minggu ni akan bermula pembelajaran & pengajaran semester A103. Akan bertemu dengan pensyarah yang lain pula... pensyarah-pensyarah yang semestinya juga mempunyai semangat, usaha, kesabaran & komitmen yang sedemikian.... Insya'allah akan ku kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan ini..
 
    Read 1 - Post - Add to Memories - Share - Link
 
WACANA 7
 analisis_wacana - (khirjohari60)
 
11:47am 20/02/2011
 
 
khirjohari60 posting in sarjana_sintok
Mempelajari Analisis Wacana

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ‘Analisis Wacana’ merupakan kursus yang baharu bagiku. ‘Analisis Wacana’ teramat sukar untuk difahami. ‘Analisis Wacana’ memerlukan pembacaan dan penelitian yang mendalam. Sesungguhnya ‘jauhari juga yang mengenal manikam’.

Meskipun sukar untuk mempelajarinya, namun aku sedaya upaya untuk memahaminya dengan Cik Rohizah. Selama 12 minggu kami bersamanya untuk mempelajari dan mengoreksi ‘Analisis Wacana’. Terima kasih diucapkan buat Cik Rohizah atas curahan ilmu ‘Analisis Wacana’ yang disampaikan kepada kami. Mudah-mudahan segala ilmu yang diberikan … akan diberkati Allah hendaknya.
 
    Read 1 - Post - Add to Memories - Share - Link
 
Sudah jatuh cinta
 analisis_wacana - (halim62)
 
12:37am 19/02/2011
 
 

Analisis wacana kritis memang pada saya sesuatu yang baru.  Walaupun sebelum ini kita sudah pun melalui alam analisis wacana ini tetapi ia dipelajari secara tidak langsung, yang kadang kala saya pun tidak menyedari saya sedang membuat analisis wacana.  Memang ia sangat kabur sehingga ketika di dalam kelas pun sewaktu kuliah, saya masih termangu-mangu dan tergaru-garu kepala yang tidak gatal ini.  Mungkin orang lain akan mengatakan “bodohnya budak ini”!  tetapi tidak mengapa, saya terima.  Hanya dua hari sebelum peperiksaan baharu saya mengetahui betapa bidang ini luas dan ada kesannya jika saya mempelajarinya secara besungguh-sungguh.  Memang pun AWK ini ternyata memberi impak jelas kepada saya.  Ada keseronokan untuk memahaminya dan mempelajarinya.  Kemungkinan sebab-sebab itulah AWK sudah ramai pengikutnya dan saya yang baru bertatih ini juga sudah mula jatuh cinta.  Mawar merah untuk analisis wacana dan pencintanya.


 
    Post - Add to Memories - Share - Link
 
Slanga sebagai identiti kumpulan
 analisis_wacana - (halim62)
 
12:16am 19/02/2011
 
 

Esei pertama saya lebih berkisar kepada slanga sebagai pemebentuk identiti kumpulan.  Di sini saya lebih merujuk kepada remaja khasnya yang masih bersekolah dan belajar di peringkat universiti.  Remaja adalah transisi antara zaman kanak-kanak ke alam dewasa.  Justeru, pelbagai kecelaruan  berlaku dalam kalangan remaja untuk membentuk identiti  mereka.  Demikian halnya, bahasa slanga sebagai pembentuk identiti remaja.     Ia sebenarnya berupaya memperkenalkan remaja sebagai satu kumpulan atau kelompok.  Dalam satu kelompok besar remaja diperkenalkan dengan bahasa sebagai pengenalan kumpulan mereka.  Remaja mempunayi ego yang sangat besar dan kuat, dan dalam hal inilah mereka cuba memperlihatkan suatu identiti yang berbeza agar mereka mudah dikenali dan sebagai penegalan kepada kumpulan mereka.  Apabila mereka membuka mulut dan berbicara maka merekadapat membina identiti dengan menggunakan perkataan-perkataan yang hanya difahami oleh kumpulan mereka sahaja.  Masyarakat di luar akan hanya mengetahu bahasa itu apabila dinanlisis dan dicerakinkan.  Dengan ini sahaja kumpulan remaja ini tetap berdiri dengan bahasa mereka yang tersendiri.

Sungguhpun slanga adalah bahasa basahan namun tempiasnya dalam kalangan remaja lain yang bukan kelompok itu amat ketara dan menular sekali.  Apabila kita melihat bahasa sms itu sahaja, nyata benar ia adalah manifestasi slanga itu tadi.  Salanga itu diwujudkan dalam sms dan digunakan dengan sewenang-wenang tanpa bangkangan sesiapa.  Justeru, slanga adalah bahasa kumpulan dan jika tidak diperhati dan ditegur penggunaannya maka tak lama lagi ia akan mewarnai bahasa Malaysia itu sendiri.  Kita harus takut dengan keajaipan bahasa ini dan perlu disekat agar ia tidak terus menerus menular dalam kalangan pengguna bahasa yang indah ini.  Asalnya hanya menggambar identiti kumpulan, takut-takut nanti ia menjadi identity bahasa Malaysia itu sendiri.   


 
    Post - Add to Memories - Share - Link
 
Lakuan tutur
 analisis_wacana - (azmizainol_65)
 
09:52pm 15/02/2011
 
 
smah Hj. Omar, 1996. “Kesopanan dalam Perbincangan dan Perbahasan: Satu Analisis Kelakuan Bahasa dalam Keadaan Perbezaan Taraf dan Peranan”, dibentangkan dalam Seminar Memperingati 100 Tahun Za’ba. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 121-149.


1.0 PENGENALAN
Tugasan ini akan membincangkan mengenai kesopanan dalam pertuturan masyarakat Melayu. Huraian awal tugasan ini akan menerangkan secara am mengenai Prinsip Kesopanan berdasarkan kepada tokoh bahasa tertentu. Antara tokoh bahasa tersebut adalah Grice, Lakoff, Leech, Brown dan Levinson, dan Asmah Hj. Omar.
Pada bahagian yang seterusnya, maksim-maksim kesopanan dalam Prinsip Kesopanan Leech akan diterangkan dengan mengaitkannya dalam masyarakat Melayu sendiri.

2.0 KONSEP BERKAITAN

Bahagian ini akan menghuraikan mengenai konsep kesopanan berbahasa berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh bahasa. Selain itu, bahagian ini akan menerangkan secara awal mengenai lima Model-model Kesantunan oleh enam tokoh bahasa termasuk Leech. Teori Kesopanan Leech.

2.1 KONSEP KESOPANAN BERBAHASA

Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin, santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121). Tambah beliau lagi:
“Kesopanan yang betul-betul memberi perhatian kepada peranan sosial pemeran latar, judul percakapan, dan menyesuaikan peraturan pertuturan dengan keadaan sebenar.(1995:125)”

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, “bahasa” adalah bermaksud “bicara”, ujaran”, “tatatertib”, “sopan-santun”, “tingkah laku” dan “percakapan yang baik”. Kesopanan berbahasa memberi pengertian yang luas yang merangkumi makna komunikasi yang sempurna dan beradab dengan perlakuan yang baik. Kamus Dewan pula mendefinisikan kesopanan sebagai perihal sopan yang ditonjolkan melalui tingkah laku, tutur kata dan sebagainya.

“Kesopanan bahasa” oleh Teo Kok Seong mentakrifkan kesopanan sebagai bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku sopan kepada orang yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping memperlihatkan kehemahan pada orang yang bercakap itu agar dia dianggap sebagai berbudi bahasa.

Awang Sariyan (2007:1) kesopanan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak ayng menjadi teman bicara. Thomas(1995:158) kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai strategi yang digunakan oleh penutur terhadap pendengar dalam usaha mencapai pelbagai matlamat, seperti memelihara perhubunganyang harmonis.
 
    Post - Add to Memories - Share - Link
 


 
 
 
Navigation  
  Previous 10
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com