You are viewing analisis_wacana

CIRI-CIRI WACANA BERTULIS
 analisis_wacana - (ibrahimseman)
 
07:01am 16/05/2010
 
 

Ahli Kumpulan (Ibrahim, Mohd. Sharazi, Rusman,Nor Hasmal & Hazimah)

 Unsur-Unsur Wacana: 
1.      Satuan bahasa 
2.      Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya
3.      Mengatasi ayat / klausa 
4.      Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan) 
5.      Berkesinambungan (penanda wacana)

6.      Rasa kohesi (kesepaduan) 

7.      Dalam bentuk lisan / tulisan 

8.      Mempunyai permulaan dan penutup 

 Keutuhan Wacana:

Keutuhan wacana penting bagi menentukan sesebuah wacana itu berkualiti atau tidak.Keutuhan wacana dapat dilihat    daripada hubungan bahagian-bahagian dalam wacana daripada segi semantik, leksikal, gramatikal dan fonologi. Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. Hal yang demikian adalah kerana menerusi keutuhan ini, ahli bahasa dapat menentukan sama ada sesuatu bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak berhubungan.

1.      Hubungan dari segi aspek semantik:
-  jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan dengan perenggan lain

a.   hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas. Dia bodoh.

b.   hubungan sebab dan hasil : Ali rajin bekerja. Dia kaya.

c.   hubungan sebab dan tujuan: Hasan berpakaian kemas. Dia mahu memikat Aminah.

d.   hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan.

e.   hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sunggu enak didengar. Sebenarnya M. Nasir yang menciptanya

f.    hubungan perbandingan: Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi.

g.   hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih, jadi saya hendak tidur.

h.  hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan hidung mancung.

2.      Hubungan dari aspek fonologi:
-    dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, intonasi suara - dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian   wacana

-    intonasi peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:

     Malaysia negara yang aman.

a. Negara yang aman, Malaysia. (ayat penyata)

b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)

3.    Hubungan dari segi leksikal
-     berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan

a.   Antonim : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara

b.   Sinonim : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti

c.  Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi  halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.

d.   Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipenuhi dengan daki.

4.  Hubungan dari segi tatabahasa.
-     wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa.

-     dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:

a.    kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perengan dengan perenggan yang lain.
       i.  berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dan lain-lain.

       ii. berfugsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan dan lain-lain.

       iii. berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dan lain-lain.

b.    kata rujukan : kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia

       i.    kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dan lain-lain.

c.   peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang             diberikan.
contoh:  Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlaha

Ciri-Ciri Wacana

1.      Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi)

2.    Mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan

3.      Mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat 

4.      Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya 

5.    Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama. 

6.      Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca.

7.      Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian 

8.      Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihahan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek dan lain-lain.

9.      Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.

Wacana terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(i)            wacana lisan, dan

(ii)          wacana tulisan

 

Wacana Lisan

Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, yakni melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan kedua-dua pihak, pembicara dan pendengar, secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara dan gerak badan untuk menyam­paikan mesej kepada pendengar. Pembicara akan mendapat tindak balas daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan ialah perbualan, temuramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran radio dan televisyen.

 

Wacana Tulisan

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan meli­batkan hubungan antara penu­lis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu hala. Penulis tidak berha­dapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat tin­dak balas secara langsung dari­pada pembaca. Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. Antara con­toh wacana tulisan ialah yang terdapat dalam rencana, akhbar, majalah dan buku.

 

Ciri-ciri Wacana Tulisan

1.      Mempunyai Tema

Pengarang atau penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan.

2.      Bermotif

Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca.

3.      Gaya Bahasa

Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa biasa) dalam pertuturan.

 4.     Kohensi dan Koherens

Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat-ayat tersebut berkohensi (makna tautan) dan koherens (logik).

 5.     Tiada Ayat Tautologi

Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.

 6.     Elemen-elemen yang Logikal dan Realistik

Hasil penulisan perlulah bersifat kenyataan, logik dan realistik, bukanlah rekaan individu semata-mata.

 7.     Terdiri daripada Andaian (Subjek) dan Inferensi (komen/aseri)

Kucing Parsi itu comel.

         ANDAIAN INFERENSI

Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.

Contoh : Keluar!

Koheren Dalam Wacana

-    Pertalian atau perhubungan di antara ayat, perenggan atau idea dalam wacana

-    Koheren dalam wacana dapat dilihat dari segi:

1.  Hubungan   bersifat penambahan

-     Orang tua dan muda, lelaki dan perempuan, juga para jemputan sedang sibuk menjamu selera.

2.  Hubungan   bersifat tempoh masa

-     Mula-mula kamu mesti mendaftarkan diri. Kedua, kamu mesti membayar yuran penyertaan. Seterusnya, kamu mesti memanaskan badan.Kemudian barulah berlari bersama-sama peserta lain.

3.   Hubungan   bersifat sinonim

-     Ali memang menyintai gadis itu. Wanita itu sangat cantik. Kekasihnya itu sangat baik, berbudi bahasa dan mempunyai sifat keibuan.

4.   Hubungan bersifat pengulangan

-   Saya sangat sayang kepada ibu kerana beliaulah yang membela saya. Ibu juga yang telah mendidik saya sehingga berjaya.  Ibu jugalah yang sentiasa bersama saya sewaktu saya susah.

5.   Hubungan bersifat pasangan

-    Semua orang menangis, kecuali Abu (perbezaan)

-    Shamsiah pandai, apatah lagi abangnya (perbandingan)

6.   Hubungan bersifat ikatan

-    Dia rajin belajar, tetapi selalu gagal dalam peperiksaan (pertentangan)

-    Dia memakai baju Melayu dan bersongkok hitam (berpasangan)

7.    Hubungan sebab dan akibat

-     Dia rajin belajar sekarang kerana berhasrat untuk belajar di luar negara

8.    Hubungan sebab dan hasil

-     Saya belajar hersungguh-sungguh sebab itu saya berjaya

9.    Hubungan syarat dan hasil

-     Jika kamu bekerja rajin , kamu akan dinaikkan pangkat

10.   Hubungan sebab dan kesan

-     Oleh kerana dia memandu laju , dia kemalangan

11.   Hubungan parafrasa

   -     Dia bukanlah seorang yang rajin. Dia pemalas

 12.  Hubungan penekanan

-     Kita melakukan aktiviti gotong royong bukanlah kerja sia-sia. Buktinya lihatlah kampung kita yang sentiasa indah. Malah, orang lain selalu memuji keindahan kampung kita.

13.   Hubungan suasana dan perlakuan

-      Ali belajar di dalam bilik itu. Dia selalu belajar di sudut kanan biliknya. Dia belajar dalam keadaan yang selesa.

14.   Hubungan semantik interktif / lisan

-        Awak buat apa? (inisiatif)

-        Belajar Irespon)

-        Baguslah (susulan)

15.    Hubungan dalam bentuk ayat atau ujaran

-        Siapakah nama kamu? (penyoalan)

-        Sila pergi ke sana. (arahan)

-        OK, baiklah. (persetujuan)

-        Dia sedang bermain bola. (pemberitahuan)

16.    Hubungan kebenaran dan kesahan

-        Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh, saya yakin kamu boleh   berjaya. (pengesahan)

-        Ahmad memang duda. Itu semua palsu. (penafian)

-        Dia memang berniat untuk meminang Aminah kelmarin tetapi terpaksa ditangguhkan. (luar jangkaan)

17.    Hubungan pemberian contoh

       -       Dia menanam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam, tomato, dan kacang.


Kohesi Dalam Wacana

-        Merupakan kesepaduan di antara ayat,perenggan atau idea di dalam sesbuah wacana, baik dari segi gramatikal ataupun dari segi leksikal.

-        Kohesi dalam wacana dapat ditinjau dari segi:
1.      hubungan dari segi penggunaan kata ganti
2.      penggunaan penggantian (subsitusi)
3.      peniadaan atau peleburan
4.      penggunaan kata hubung
5.      penggunaan leksikal


Rujukan

 

Eryanto. (2001) Analisis Wacana Pengantar Analisis Teks Media. Yogyakarta: LkiS

Fairclough, Norman. (1995) Media Discourse. New York: Arnold

 

Fairclough, Norman.(1995) Critical Discourse Analysis .New York: Longman Publishing.

SanatMd. Nasir, (2002). Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://muslich-m.blogspot.com/2010/03/analisis-wacana-kritis.html. Diakses pada 29/04/2010

http://muslich-m.blogspot.com/2010/03/wacana-dalam-perspektif-foucault.html. Diakses pada 29/04/2010

http://muslich-m.blogspot.com/2010/03/menyelami-analisis-wacana-melalui.html. Diakses pada 29/04/2010

http://suroso.web.id/?p=63. Diakses pada 11/04/2010

 



 


location: Kota Bharu
mood: happyhappy
 
    Post - Read 1 - Share - Link
 

(no subject)
 georg_jah
 
11:28pm 17/05/2010 (UTC)
 
 
georg_jah
Tolong belajar tentang lj cut!
 
    Reply - Thread - Link
 


 
 
 
Navigation  
  Previous Entry
Next Entry
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com