You are viewing analisis_wacana

JENIS-JENIS SISTEM PEMERINTAHAN DUNIA
 analisis_wacana - (masnijamin)
 
09:33pm 05/12/2010
 
 
masnijamin posting in sarjana_sintok
Salam kepada semua rakan-rakan di Sarjana Sintok.

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi daripada internet tentang jenis-jenis sistem pemerintahan dunia. Tugasan yang diberikan oleh Cik Rohizah membuatkan saya menjelajah di internet untuk mencari jenis-jenis sistem pemerintahan dunia. Daripada penjelajahan tersebut, saya telah mengenali beberapa jenis sistem pemerintahan dunia. Terdapat banyak jenis-jenis pemerintahan di dunia  antaranya ialah demokrasi, komunisme, monarki, autokratik, autoritarianisme, federalisme, totalitarianisme,feudalisme, meritokrasi, republik, teorikrasi, dan oligarki. Walau bagaimanapun, entri ini hanya akan membincangkan empat jenis sistem pemerintahan yang terkenal sahaja iaitu:

1. Demokrasi
Kerajaan dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi merupakan sebuah kerajaan yang menggubal undang-undang dan struktur kerajaan dengan ditentukan oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya. Antara negara-negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi ialah Malaysia, Britain, Jepun dan India. Sistem pemerintahan ini perlu menjalankan pilihanraya untuk memilih wakil rakyat atau parti politik untuk memerintah sesebuah negara. Parti politik yang menang dengan majoriti undi yang banyak akan dipilih sebagai pemerintah. Dalam sistem pemerintahan demokrasi terdapat dewan untuk wakil-wakil rakyat bertemu dan berbincang tentang soal negara iaitu Parlimen. 

2. Komunisme
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Pada masa kini negara yang menggunakan sistem pemerintahan komunisme ialah China.

3. Monarki
Kerajaan yang menggunakan sistem pemerintahan Monarki atau juga dikenali sebagai pemerintahan beraja merupakan negara yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Monarki berasal dari bahasa Yunani 'monos archein', yang bermaksud 'satu pemerintah'. Sistem pemerintahan  beraja adalah sistem tertua di dunia. Terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia pada awal kurun ke-19 tetapi semakin menurun kepada 240 buah pada abad ke-20. Walau bagaimanapun pada masa kini hanya terdapat 40 takhta sahaja yang masih kekal sehingga kini termasuklah pemerintahan beraja di Brunei Darulsalam.

4. Totalitarianisme
Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrem adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total. Sistem ini adalah lebih ketara berbanding sistem diktator atau negara polis police state dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara rela hati akan patuh dengan kerajaan. Kadangkala kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan yang total ini

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem pemerintahan dunia anda boleh melayari ms.wikipedia.org 






mood: calmcalm
music: Maher Zain - InsyaAllah
 
    Post - Read 2 - Add to Memories - Share - Link
 

(no subject)
 georg_jah
 
06:36am 06/12/2010 (UTC)
 
 
georg_jah
Bagus!

Rujukan?

Persoalannya sekarang, bagaimanakah sistem politik ini memperoleh sokongan atau dalam bahasa Inggerisnya exercise their power ke atas rakyat umum? Apakah peranan yang dimainkan bahasa dalam usaha tersebut?
 
    Reply - Thread - Link
 
(no subject)
 georg_jah
 
10:00am 06/12/2010 (UTC)
 
 
georg_jah
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem pemerintahan dunia anda boleh melayari ms.wikipedia.org
Wikipedia ialah sumber yang baik sebagai langkah pemula. Tapi ingat bahawa jangan bergantung kepadanya semata-mata.
 
    Reply - Thread - Link
 


 
 
 
Navigation  
  Previous Entry
Next Entry
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com