You are viewing analisis_wacana

TEORI FEMINISME
 analisis_wacana - (ielashakila)
 
10:14am 15/01/2011
 
 
ielashakila posting in sarjana_sintok

Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan (view). Definisi ini juga memahamkan kepada kita sifat teori yang relatif kepada pelbagai pendapat. Justeru, tidak hairan, hingga ke hari ini, definisi teori berbeza-beza berdasarkan pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan ahli teori.


Feminisme ialah himpunan teori sosialgerakan politik, dan  falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan  daripada pengetepian oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina tidak harus  merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang.
 
    Post - Share - Link
 



 
 
 
Navigation  
  Previous Entry
Next Entry
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com