You are viewing analisis_wacana

(print_entry)
Bahasa Slanga
 analisis_wacana - (risal68)
 
10:39am 02/02/2011
 
 

Bahasa Slanga

Slanga

Menurut Fischer (1996) slanga muncul pada abad ke-18 yang ertinya “origin uncertain” iatu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata slanga berasal dari kata “sling” yang dihubungkaitkan dengan “beggar language and rogues language” iatu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.

Definisi Slanga

Dalam “Kamus Bahasa Melayu Nusantara” (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei: 2003) dikatakan  slanga adalah ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau mengikut musim. Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja  tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahani kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. 

Brooke (1973:12) telah mengungkapkan bahawa variasi yang terdapat dalam bahasa diberi beberapa nama oleh ahli-ahli bahasa berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Umpamanya, variasi atau ragam bahasa mengikut penggunaan  sebagai register atau laras dalam ilmu sosiolinguistik. Antara variasi bahasa yang lain termasuklah variasi seperti dialek, diglosia, slanga dan idiolek.

Idea dan Rasional

                Bahasa slanga amat meluas digunakan dalam kalangan para remaja masa kini. Penggunaan bahasa slanga telah menjadi ‘biasa’ dan tampa segan-silu dipertuturkan baik dari kaki lima kedai usang sehinggalah ke galeri indah, bangunan parlimen.

                 ‘kucin itu comei ler’… Inilah contoh praktik pengucapan  ‘slanga’. Manusia adalah mahluk  sosial yang tidak dapat hidup sendirian melainkan selalu berinteraksi menerusi bahasa yang mereka tahu, faham dan serasi sekaligus membentuk identiti kelompok yang memungkinkan terbinanya berbagai bahasa, berbilang budaya dengan beraneka cirinya yang unik dan serba tersendiri. August Comte (1842),  menjelaskan  sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa. ‘Sosiologi bahasa’ pula mengkaji kesan bahasa terhadap masyarakatnya. Kosa kata slanga merupakan kosa kata yang tidak baku digunakan untuk membina atau memperkuatkan identiti sosial dan ikatan sosial khususnya dalam sebuah kelompok.  Grice (1975), menghuraikan slanga memiliki kecenderungan digunapakai secara paling asas dan umum  sebagai memenuhi fungsi sosialnya. Perkara seumpama ini  terjadi dalam semua bahasa di dunia, tambahan pula kosa kata slanga ditakrif seusia atau lebih awal dengan sesebuah bahasa bagi bangsa itu sendiri (Nik Safiah Karim, 1996 : 43-49).

Bahasa slanga memiliki ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran sehingga akhirnya bahasa slanga ini menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar umbi  untuk membentuk identiti kumpulan (Asmah, 1993:85). Selanjutnya, Ajid Che Kob (1998), berpendapat ‘key word’ atau kata kunci dalam pengujaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.

Dari perspektif ahli bahasa dapat disimpulkan praktikal bahasa memberi  justifikasi tepat bahasa dan tingkah laku saling berperanan dan mempengaruhi penutur bahasa terhadap dunianya yang tergambar menerusi ungkapan dan penuturan bahasa slanga. Cara, gaya dan emosi yang dibawa oleh bahasa slanga itu sendiri  sudah memberi  kefahaman  meluas mengenai peranan bahasa itu dalam kehidupan manusia baik kognitif, afektif dan amalan kehidupan sehariannya.

 Akhirnya,  ternyata bahasa slanga  berupaya memberi  impak, aura dan pengenalan diri kepada individu dan kumpulan  menerusi pelbagai media dan latar kelompok sosial manusia. Menurut Fairclough (dalam Asmah, 1987), bahasa slanga juga dapat merumus  satu inspirasi malahan  manifestasi interaksi sosial  dan cerminan kehidupan  bagi sesuatu kumpulan untuk membina identiti dirinya yang serba  tersendiri dalam  masyarakat. Hakikat ini menjadikan mereka mudah dirujuk, dikenali dan dikaitkan dengan ciri-ciri slanga itu sendiri. Bila terungkap sahaja kosa kata atau diksi bahasa slanga yang berkaitan dengannya maka sudah tergambar rupa, gaya dan cara hidup sesebuah kumpulan.

Analisis Kajian

 

 

 

Disebabkan bahasa slangan ini meluas dalam kelangan penutur remaja maka saya lebih menjurus kepada mencari bahan dari media masa yang dekat dengan dunia kebanyakkan para remaja seperti komik, majalah remaja, feminine, mangga, dunia hiburan dan akhbar berbentuk santai. Penampilan remaja dan lengok pengucapan slanganya boleh dikutip di acara atau majlis yang mereka hadiri seperti kenduri, aktiviti pesta, hiburan dan rekreasi. Sudut kajian lebih terarah kepada aspek sosiologi dan antropologi. Dari rumusan saya, ungkapan dan perbualan para remaja kini terlalu dipengaruhi oleh unsur-unsur slanga yang merosakkan kemurnian bahasa Melayu, separuh atau lebih dari ungkapan para remaja terisi dan disi dengan slanga.

 
    Post - Add to Memories - Share - Link
 



 
 
 
Navigation  
  Previous Entry
Next Entry
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com