?

Log in

Retorik
 analisis_wacana - (azmizainol_65)
 
09:31pm 15/02/2011
 
 
Retorik ialah seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu seni yang
memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan, dan khalayak. Selain itu,
retorik juga merupakan seni atau kepandaian komunikasi yang efektif.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), retorik bermaksud teknik
pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Maksud
lain bagi retorik ialah seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah
dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pembaca dan
pendengar.

Menurut Asmah (1998), retorik bermakna kajian tentang penggunaan bahasa
secara berkesan. Berdasarkan konteks yang sesuai, retorik juga dapat
diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, atau
juga ciri-ciri yang berkesan dalam bahasa.

Menurut Lanham (1991), retorik merupakan seni dalam mendapatkan
keyakinan seseorang melalui wacana bahasa. Hal yang sama turut
dikemukakan oleh Raminah Sabran (2002), iaitu retorik ialah seni penulisan.
Retorik menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, 2
idea, dan saranan, atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis
untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya, atau perasaannya
dengan jelas dengan gaya yang berkesan. Pemahaman penulis tentang
retorik dan kecekapan menerapkannya amat penting untuk membolehkannya
menghasilkan penulisan yang terdiri daripada wacana yang kukuh.
 
    Post - Share - Link
 



 
 
 
Navigation  
  Previous Entry
Next Entry
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com