You are viewing analisis_wacana

Lakuan tutur
 analisis_wacana - (azmizainol_65)
 
09:52pm 15/02/2011
 
 
smah Hj. Omar, 1996. “Kesopanan dalam Perbincangan dan Perbahasan: Satu Analisis Kelakuan Bahasa dalam Keadaan Perbezaan Taraf dan Peranan”, dibentangkan dalam Seminar Memperingati 100 Tahun Za’ba. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 121-149.


1.0 PENGENALAN
Tugasan ini akan membincangkan mengenai kesopanan dalam pertuturan masyarakat Melayu. Huraian awal tugasan ini akan menerangkan secara am mengenai Prinsip Kesopanan berdasarkan kepada tokoh bahasa tertentu. Antara tokoh bahasa tersebut adalah Grice, Lakoff, Leech, Brown dan Levinson, dan Asmah Hj. Omar.
Pada bahagian yang seterusnya, maksim-maksim kesopanan dalam Prinsip Kesopanan Leech akan diterangkan dengan mengaitkannya dalam masyarakat Melayu sendiri.

2.0 KONSEP BERKAITAN

Bahagian ini akan menghuraikan mengenai konsep kesopanan berbahasa berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh bahasa. Selain itu, bahagian ini akan menerangkan secara awal mengenai lima Model-model Kesantunan oleh enam tokoh bahasa termasuk Leech. Teori Kesopanan Leech.

2.1 KONSEP KESOPANAN BERBAHASA

Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin, santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121). Tambah beliau lagi:
“Kesopanan yang betul-betul memberi perhatian kepada peranan sosial pemeran latar, judul percakapan, dan menyesuaikan peraturan pertuturan dengan keadaan sebenar.(1995:125)”

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, “bahasa” adalah bermaksud “bicara”, ujaran”, “tatatertib”, “sopan-santun”, “tingkah laku” dan “percakapan yang baik”. Kesopanan berbahasa memberi pengertian yang luas yang merangkumi makna komunikasi yang sempurna dan beradab dengan perlakuan yang baik. Kamus Dewan pula mendefinisikan kesopanan sebagai perihal sopan yang ditonjolkan melalui tingkah laku, tutur kata dan sebagainya.

“Kesopanan bahasa” oleh Teo Kok Seong mentakrifkan kesopanan sebagai bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku sopan kepada orang yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping memperlihatkan kehemahan pada orang yang bercakap itu agar dia dianggap sebagai berbudi bahasa.

Awang Sariyan (2007:1) kesopanan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak ayng menjadi teman bicara. Thomas(1995:158) kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai strategi yang digunakan oleh penutur terhadap pendengar dalam usaha mencapai pelbagai matlamat, seperti memelihara perhubunganyang harmonis.
 
    Post - Add to Memories - Share - Link
 



 
 
 
Navigation  
  Previous Entry
Next Entry
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com