?

Log in

Slanga sebagai identiti kumpulan
 analisis_wacana - (halim62)
 
12:16am 19/02/2011
 
 

Esei pertama saya lebih berkisar kepada slanga sebagai pemebentuk identiti kumpulan.  Di sini saya lebih merujuk kepada remaja khasnya yang masih bersekolah dan belajar di peringkat universiti.  Remaja adalah transisi antara zaman kanak-kanak ke alam dewasa.  Justeru, pelbagai kecelaruan  berlaku dalam kalangan remaja untuk membentuk identiti  mereka.  Demikian halnya, bahasa slanga sebagai pembentuk identiti remaja.     Ia sebenarnya berupaya memperkenalkan remaja sebagai satu kumpulan atau kelompok.  Dalam satu kelompok besar remaja diperkenalkan dengan bahasa sebagai pengenalan kumpulan mereka.  Remaja mempunayi ego yang sangat besar dan kuat, dan dalam hal inilah mereka cuba memperlihatkan suatu identiti yang berbeza agar mereka mudah dikenali dan sebagai penegalan kepada kumpulan mereka.  Apabila mereka membuka mulut dan berbicara maka merekadapat membina identiti dengan menggunakan perkataan-perkataan yang hanya difahami oleh kumpulan mereka sahaja.  Masyarakat di luar akan hanya mengetahu bahasa itu apabila dinanlisis dan dicerakinkan.  Dengan ini sahaja kumpulan remaja ini tetap berdiri dengan bahasa mereka yang tersendiri.

Sungguhpun slanga adalah bahasa basahan namun tempiasnya dalam kalangan remaja lain yang bukan kelompok itu amat ketara dan menular sekali.  Apabila kita melihat bahasa sms itu sahaja, nyata benar ia adalah manifestasi slanga itu tadi.  Salanga itu diwujudkan dalam sms dan digunakan dengan sewenang-wenang tanpa bangkangan sesiapa.  Justeru, slanga adalah bahasa kumpulan dan jika tidak diperhati dan ditegur penggunaannya maka tak lama lagi ia akan mewarnai bahasa Malaysia itu sendiri.  Kita harus takut dengan keajaipan bahasa ini dan perlu disekat agar ia tidak terus menerus menular dalam kalangan pengguna bahasa yang indah ini.  Asalnya hanya menggambar identiti kumpulan, takut-takut nanti ia menjadi identity bahasa Malaysia itu sendiri.   


 
    Post - Share - Link
 



 
 
 
Navigation  
  Previous Entry
Next Entry
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com