?

Log in

Retorik
 analisis_wacana - (azmizainol_65)
 
09:31pm 15/02/2011
 
 
Retorik ialah seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu seni yang
memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan, dan khalayak. Selain itu,
retorik juga merupakan seni atau kepandaian komunikasi yang efektif.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), retorik bermaksud teknik
pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Maksud
lain bagi retorik ialah seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah
dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pembaca dan
pendengar.

Menurut Asmah (1998), retorik bermakna kajian tentang penggunaan bahasa
secara berkesan. Berdasarkan konteks yang sesuai, retorik juga dapat
diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, atau
juga ciri-ciri yang berkesan dalam bahasa.

Menurut Lanham (1991), retorik merupakan seni dalam mendapatkan
keyakinan seseorang melalui wacana bahasa. Hal yang sama turut
dikemukakan oleh Raminah Sabran (2002), iaitu retorik ialah seni penulisan.
Retorik menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, 2
idea, dan saranan, atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis
untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya, atau perasaannya
dengan jelas dengan gaya yang berkesan. Pemahaman penulis tentang
retorik dan kecekapan menerapkannya amat penting untuk membolehkannya
menghasilkan penulisan yang terdiri daripada wacana yang kukuh.
 
    Post - Share - Link
 
Narative analysis
 analisis_wacana - (azmizainol_65)
 
09:24pm 15/02/2011
 
 
Narrative analysis is analysis of a chronologically told story, with a focus on how elements are sequenced, why some elements are evaluated differently from others, how the past shapes perceptions of the present, how the present shapes perceptions of the past, and how both shape perceptions of the future. Narrative analysis is seen as a more in-depth alternative to survey research using psychological scales. Some advocates see it as an "empowering" social science methodology insofar as it gives respondents the venue to articulate their own viewpoints and evaluative standards.
 
    Post - Share - Link
 
Peperiksaan Berakhir
 analisis_wacana - (ikmalshah)
 
08:46am 14/02/2011
 
 
ikmalshah posting in sarjana_sintok
Alhamdulilah, tamat sudah peperiksaan ketiga-ketiga subjek yang telah diambil semester ini. Segala-galanya telah dicuba dengan sebaik mungkin dan mengharapkan agar kejayaan akan berpihak kepada rakan-rakan sekalian yang turut sama 'bertarung' menghadapi peperiksaan akhir untuk Sarjana Bahasa Melayu aKontemporari ini..semoha semuanya akan berjalan dengan lancar..aminn
 
    Post - Share - Link
 
WACANA 6
 analisis_wacana - (khirjohari60)
 
11:01am 08/02/2011
 
 
khirjohari60 posting in sarjana_sintok
Analisis Wacana Kritis Kerangka Fairclough

Dalam usaha melahirkan teori sosial bahasa yang menggabungkan kaedah analisis wacana berorientasikan linguistik dan pemikiran sosial dan politik yang sesuai dengan wacana dan bahasa, Fairclough (1992) memaknakan ‘wacana’ sinonim dengan language use, parole, dan performance, yang melibatkan bahasa penggunaan lisan atau bertulis, serta diperluaskan meliputi amalan semiotok, seperti fotografi atau komunikasi tanpa-ujar, seperti pergerakan anggota fizikal (Fairclough, 1995). Seterusnya, ‘analisis wacana’ pula, bagi Fairclough (1995) merupakan analisis bagaimana teks berperanan dalam praktis sosiobudaya. Analisis demikian memerlukan pemerhatian terhadap bentuk tekstual, struktur, dan organisasi di semua aras; fonologi, nahu. leksikal, dan aras tertinggi organisasi teks dalam pengertian sistem pertukaran (seperti giliran bertutur), struktur argumentasi, dan struktur generik atau jenis aktiviti teks.

Fairclough merujuk wacana sebagai bentuk praktis sosial dan bukan setakat aktiviti individu atau menggambarkan angkubah sitausi sahaja. Menurut Fairclough, melihat wacana sebagai praktis sosial adalah penting kerana wacana membayangkan:

1. satu cara tindakan, dalam mana manusia mungkin bertindak ke atas dunia dan terutamanya ke atas satu sama lain sebagai salah satu cara representasi. Wacana dianalisis untuk mengetahui tujuan sesuatu lakuan bahasa tertentu.

2. ada pertalian dialektikal antara wacana dan struktur sosial, seumpama pertalian antara praktis sosial dan struktur sosial, dalam mana struktur sosial merupakan syarat dan akibat bagi amalan wacana.

Rujukan

Fairclough, N. (1995). Critical discourse analysis: The critical study of language. London: Longman.

Fairclough, N. (1992). Discourse and social change. Cambridge: Polity Press.
 
    Post - Share - Link
 
WACANA 5
 analisis_wacana - (khirjohari60)
 
11:00am 08/02/2011
 
 
khirjohari60 posting in sarjana_sintok
Prinsip-Prinsip Am Analisis Wacana Kritis

Pertama: Analisis wacana kritis melihat dirinya komited dan terikat dengan sains sosial (Fairclough & Wodak, 1997).
Kedua: Analisis wacana kritis melihat wacana sebagai pembentuk masyarakat dan budaya, dan begitu juga sebaliknya, wacana dibentuk oleh masyarakat dan budaya (Fairclough & Wodak, 1997).
Ketiga: Analisis wacana kritis menganggap wacana melakukan tugas ideologi (Fairclough & Wodak, 1997).
Keempat: Analisis wacana kritis sebagai sejarah (Fairclough & Wodak, 1997).
Kelima: Analisis wacana kritis adalah penafsiran dan penjelasan (Fairclough & Wodak, 1997).
Keenam: Analisis wacana kritis merupakan satu bentuk tindakan sosial (Wodak, 1996).
Ketujuh: Analisis wacana kritis merupakan tentang cara membuat pertalian antara struktur dan proses sosial dan budaya di satu sudut, dengan ciri-ciri teks di sudut yang lain (Fairclough & Wodak, 1997).

Rujukan

Fairclough, N. (1997). Discourse across disciplines: Discourse analysis in researching social change. Working Paper Series 84. Centre for Language in Social Life. Lancaster University.

Wodak, R. (1997). Critical discourse analysis and the study of doctor-patient interaction. Dlm. The Construction of Professional Discourse, disunting oleh Gunnarsson, Britt-Louise, P. & Nordberg, B. London and New York: Longman.

Wodak, R. (1996). Disorders of discourse. London and New York: Longman.
 
    Post - Share - Link
 
WACANA 4
 analisis_wacana - (khirjohari60)
 
10:58am 08/02/2011
 
 
khirjohari60 posting in sarjana_sintok
Pendekatan Analisis Wacana Tiga Dimensi Fairclough

Fairclough (1995) menggunakan konsep wacana tiga dimensi, dan mempertalikannya dengan kaedah analisis wacana tiga dimensi juga. Yang dimaksudkan wacana tiga dimensi ialah sebarang wacana dianalisis serentak dari segi:

1. teks wacana, sama ada lisan atau bertulis
2. amalan wacana (melibatkan penghasilan dan penafsiran teks)
3. praktis sosiobudaya

Yang dimaksudkan kaedah analisis wacana tiga dimensi pula ialah kaedah analisis yang melibatkan tiga aras yang sejajar dengan wacana tiga dimensi di atas, iaitu:

1. analisis teks, iaitu pemerihalan (description) tentang teks
2. analisis wacana, iaitu penafsiran (interpretation) hubungan antara proses wacana dan teks
3. analisis praktis sosial, iaitu penjelasan (explantation) hubungan antara proses wacana dan proses sosial.

Rujukan

Fairclough, N. (1995). Critical discourse analysis: The critical study of language. London: Longman.
 
    Post - Share - Link
 
WACANA 3
 analisis_wacana - (khirjohari60)
 
10:56am 08/02/2011
 
 
khirjohari60 posting in sarjana_sintok
Analisis Struktur Wacana

Analisis struktur wacana adalah analisis wacana yang bermatlamat meneliti dan menjelaskan struktur atau organisasi sesuatu jenis wacana atau teks. Analisis ini juga bersifat tipologi teks atau genre.

Abdul Aziz (1982) meneliti dua perkara dalam analisis wacananya, iaitu struktur tema dan sistem susunan logik (hubungan semantik) dalam teks-teks ekspositori. Dengan mengenal pasti struktur tema dan susunan logik dalam teks ekspositori maka ini akan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan, iaitu bagaimana penulisan dikembangkan secara berperpautan dan logik, khususnya dalam penulisan ilmiah. Di dalam wacana terdapat ‘garis tema’ yang mengandungi tema yang sama atau berbeza aras yang terbina dalam susunan logik. Garis tema membekalkan hal-hal penting dan bentuk-bentuk latar depan kesuluruhan wacana berkaitan. Pertalian logik pula ialah sifat hubungan antara ayat dan teks, seperti melalui konjungsi.

Rujukan

Abdul Aziz Idris. (1982). An analysis of the thematic structure and system of logical relations in English and Malay expository texts. Ph. D Dissertation, University of Kansas.
 
    Post - Share - Link
 
WACANA 2
 analisis_wacana - (khirjohari60)
 
10:49am 08/02/2011
 
 
khirjohari60 posting in sarjana_sintok
Analisis Nahu Wacana

Analisis nahu wacana adalah analisis wacana yang diusahakan dengan tujuan untuk menjelaskan nahu bahasa Melayu menggunakan data wacana atau teks. Dengan kata lain, analisis begini cuba memanfaatkan wacana dalam memerihalkan nahu bahasa Melayu. Cara nahu wacana dihuraikan bertentangan dengan nahu ayat. Nahu ayat menghuraikan nahu berasaskan ayat-ayat tunggal.

Menurut Azhar (1984) mewajarkan mengapa sintaksis atau nahu wacana penting diberi perhatian tatkala memeri nahu. Baginya ayat bukanlah batasan terakhir dalam lingusitik dan oleh hal yang demikian, lingusitik Melayu akan lebih bermanfaat jika dilakukan melalui pendekatan yang menggunakan julat bahasa yang lebih besar sebagai asas kajian. Bagi Azhar (1984), bahasa bukan sekadar ‘nahu’ dan bukan sekadar ‘bahasa’, tetapi adalah ‘bahasa jiwa-bangsa’.

Rujukan

Azhar M. Simin. (1984). Ilmu linguistik ‘kering’ agak sukar ‘memasyarakatkan’ ilmu bahasa. Jurnal Dewan Bahasa. 28: 728-738.
 
    Post - Share - Link
 
WACANA 1
 analisis_wacana - (khirjohari60)
 
10:46am 08/02/2011
 
 
khirjohari60 posting in sarjana_sintok
Analisis Wacana Bukan Kritis


Analisis wacana bukan kritis dan analisis wacana kritis mempunyai tabii orientasi sosial yang berbeza terhadap wacana. Perbezaan pendekatan kritis dengan pendekatan bukan kritis dapat memperjelaskan amalan diskursif malam memperlihatkan bagaimana wacana dibentuk oleh hubungan kuasa dan ideologi, dan kesan-kesan binaan wacana ke atas identiti sosial, hubungan sosial dan sistem pengetahuan dan kepercayaan, yang kedua-duanya itu biasanya tidak ketara kepada pameran-pameran wacana (Fairclough, 1992).

Analisis wacana bukan kritis adalah kajian-kajian yang dijalankan untuk tujuan bukan kritis. Tumpuannya adalah kepada menghuraikan perawakan lingusitik dan bentuk wacana, seperti nahu, struktur, tekstur, skemata, dan strategi wacana secara jernih sahaja. Kalau ada analisis sosial terlibat, analisisnya terbatas kepada menerangkan jalinan antara kedua-duanya sahaja.


Rujukan

Fairclough, N. (1992). Discourse and social change. Cambridge: Polity Press.
 
    Post - Share - Link
 
(no subject)
 analisis_wacana - (risal68)
 
02:26pm 07/02/2011
 
 

Analisis Wacana

Tugasan               :               Tugasan 2
Tajuk                    :               PPSMI (Pengajaran & Pembelajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik
                                              Dalam Bahasa Inggeris)
Tarikh                  :               03hb. Jan 2011

Pendahuluan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran tersebut di semua peringkat pendidikan.

Bermula tahun 2003, wawasan cetusan Tun Dr. Mahathir ini cukup baik dan berpandangan jauh. Namun idea PPSMI  secara berterusan menjadi isu perdebatan segenap lapisan masyarakat  dan hanya dapat bertahan sehingga  08 Julai 2009  sebelum dasar ini dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

 Objektif PPSMI

Rasional peralihan bahasa pengantar Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi menerusi bahasa tunggal. Bahasa Inggeris.

Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan penguasaan terhadapnya memudahkan perolehan ilmu dan menjadi satu kelebihan.

Meskipun objektifnya baik, tetapi ‘lompang’ pelaksanaannya  juga ketara. Isu dan idea perdebatan berkisar tentang sejauh manakah keberkesanan menimba ilmu dari bahasa asing berbanding bahasa ibunda. Ramai berpendapat, lebih mudah menguasai ilmu menerusi bahasa sendiri. Negara-negara maju seperti Perancis, Jerman, Rusia, Belanda, Belgium, Kanada, Jepun, Korea dan Cina mengutamakan kemajuan tetapi tidak sehingga mengubah dasar bahasa dan pendidikan negara. Sejarah membuktikan lebih banyak negara membina kemajuan bangsa dan negaranya menerusi bahasa dan mengikut acuanya  sendiri.

Proses Analisis

                Tajuk PPSMI ini dipilih lantaran ia tidak bersifat ‘tunggal’ malahan berkait rapat dengan bahasa, perlembagaan, jati diri, hala tuju dunia pendidikan dan generasi baru yang ingin dibentuk akal dan budinya pada masa hadapan. Menurut Lerman (1985) komunikasi langsung atau interaksi  memperlihatkan simbol kuasa politik dan wibawa  terhadap rakyat  yang memperlihatkan  cita-cita dan ideologi kepimpinan tertinggi negara terhadap rakyat yang dipimpinnya.

                 Selanjutnya, untuk tujuan analisis linguistik ditinjau pemilihan wacana iatu unsur amalan dan praktik sosialnya yang diselidik menerusi lakuan tutur. Di samping itu, media massa menjadi perantara utama antara golongan elit politik yang memerintah dengan rakyat yang diperintah memperlihatkan pegangan, citarasa dan ideologi kepimpinan terhadap rakyat yang dipimpin (Fowler 1996a , 130-134).

                 Penulis meninjau idea dan hujah yang dipaparkan di media massa sejak idea PPSMI di ketengahkan. Pihak Elit  politik mengemukakan idea dan hujah tanpa had, berbentuk sehala dan mahu cepat melihat hasil. Namun, sejauh manakah ruang dan peluang yang diberikan kepada rakyat untuk terlibat sama menjayakannya?. Sekadar ‘penerima’ atau lebih dari itu?.  Adakah, idea, isyarat dan ‘bahasa berimpak’ dari rakyat diberikan perhatian sewajarnya?. Atau idea PPSMI adalah idea dari atas, dari elit politik yang berkuasa di Puterajaya yang serba-serbi sempurna dan rakyat wajib mengikut sahaja?.

 Kerangka Analisis Wacana

                Menurut Austin (1996), sesuatu pengucapan  dapat juga dijustifikasikan sebagai melakukan sesuatu  menerusi ‘bahasa berimpak’ dan  lakuan tutur yang dapat mengungkapkan pengertian yang diharapkan oleh pemimpin  menerusi praktik sosialnya atau sebaliknya. Berdasarkan  hal ini, Austin (1996: 65-78), menjelaskan tiga kekuatan  yang membabitkan  aspek  ‘makna perkataan’, kekuatan yang ditimbulkan oleh ‘penggunaan ujaran’ sebagai perintah, arahan, keluhan, janji dan kekuatan berbentuk ‘kekesanan’ hasil dari ujaran kepada khalayak.

                 Berpandukan daripada pengunaan bahasa daripada teks-teks berkaitan PPSMI terdapat perkataan seperti pujian, ejekan, ungkapan sinis, keluhan, janji dan sebagainya pada tanggapan penulis berfungsi sebagai lakuan tutur yang mahu dijelmakan oleh ideologi kepimpinan kepada rakyat atau reaksi penerimaan rakyat. Bertitik tolak daripada itu, penulis mengkelaskan aspek bahasa melalui perkataan  mengikut reaksi rakyat atas pelaksanaan PPSMI, sebagai bersetuju, membantah dan tidak menjelaskan pendirian sama ada bersetuju atau sebaliknya.

 Kesimpulan

Munby (dalam Juriah Long, 1980) menjelaskan kecekapan  dan kesempurnaan berbahasa dalam persekitaran sosio budaya dan latar budaya yang dialami akan membantu penguasaan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Hal ini menjelaskan penguasaan ilmu pengetahuan tentulah lebih senang dan selesa jika ia diungkap dalam bahasa sendiri berbanding kepayahan yang terpaksa ditempuh jika ia terangkum dalam bahasa asing.

Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:

Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.

 

 

                Wilbur Schrmn (1971) menjelaskan komunikasi boleh dianggap sebagai satu perkongsian orientasi terhadap satu set isyarat maklumat. Rogers (1969) pula mentakrifkan komunikasi sebagai satu proses, apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman. Perkongsian yang ditekankan ialah perkongsian makna sesuatu isyarat. Sesuatu isyarat atau maklumat mungkin memberitahu makna yang berlainan tetapi penting ke arah mencapai matlamat.

                      Rumusnya, kegagalan PPSMI adalah berpunca daripada kegagalan mengumpul data , mengambil iktibar, mengetahui dan memahami isu-isu yang utama, isu berkaitan dan isu berbangkit untuk ditanggani dengan sebaik mungkin dari peringkat awal lagi dengan mengubahsuai pelaksanaan PPSMI tanpa terlalu taksub kepada tempoh ‘menuai hasil’ yang mendesak tetapi lebih kepada kejayaan PPSMI meskipun memakan tempoh masa yang lebih praktikal. Biarlah ‘berlempan’ asal tidak terus terhumban ditelan zaman.  Isunya ialah lemah penguasaan bahasa Inggeris tetapi penyelesaiannya ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Isu dan penyelesaian tidak selari.

                Tepatnya, PPSMI tentu tidak sesingkat usianya atau menemui kegagalan sebelum melihat hasilnya jika isunya ditanggani dengan cermat dan bijaksana. Kegagalan berpunca daripada tidak mengambil pengajaran dan iktibar dari maklumat, isyarat atau simbol yang terungkap daripada  lakuan tutur ‘kosa kata’ yang mempunyai makna  tersurat dan tersirat hasil reaksi sebelum, semasa dan sesudah pelaksanaan PPSMI. Lakuan tutur ‘kosa kata’ adalah juga simbolik kepada reaksi rakyat keseluruhannya.

 

 

 
    Post - Share - Link
 


 
 
 
Navigation  
  Previous 10
Next 10
 
October 2011  
 
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
 


  Powered by
LiveJournal.com